Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menegaskan bahawa pintu Rumah Bangsa UMNO sentiasa terbuka dan keputusan untuk sama ada terus berada di luar atau kembali pulang adalah atas hak individu.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau membidas kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menegaskan bahawa beliau tidak akan kembali kepada UMNO.
“Beliau bukan berstatus ‘aset’ untuk kembali kepada UMNO, jangan mudah ‘perasan’ dan terasa diri sangat diperlukan. Kenyataan bahawa Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan kembali kepada UMNO bukanlah satu perkara yang memberi kesan besar kepada parti.
“UMNO telah lama bergerak ke hadapan tanpa kehadiran beliau. Keberadaan atau ketiadaan Mukhriz tidak menambah dan tidak juga mengurangkan kekuatan UMNO pada hari ini.
“Semasa berada dalam UMNO dahulu, Mukhriz tidak pernah menonjol sebagai tokoh politik yang benar-benar berdikari. Kedudukannya banyak bergantung kepada pengaruh dan aura ayahandanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan kepada kekuatan politiknya sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
“Sejarah politik beliau juga menunjukkan kedudukan yang tidak stabil. Mukhriz pernah beberapa kali digugurkan daripada jawatan penting, termasuk dua kali kehilangan jawatan Menteri Besar Kedah. Ini menggambarkan bahawa kepimpinan beliau sendiri tidak pernah benar-benar kukuh di akar umbi,” katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata UMNO tidak perlu merasa seolah-olah kehilangan besar dengan keputusan tersebut kerana parti pada hari ini sedang membina semula kekuatan melalui semangat baharu.

“Pada masa yang sama, parti yang beliau pimpin hari ini (Pejuang) juga sedang bergelut mencari arah. Pejuang yang pernah digembar-gemburkan sebagai wadah politik baharu kini kelihatan semakin kehilangan tempat dalam landskap politik negara.
“Atas sebab itu, UMNO tidak perlu merasa seolah-olah kehilangan sesuatu yang besar dengan keputusan Mukhriz untuk tidak kembali ke dalam parti. UMNO hari ini sedang membina semula kekuatan parti dengan kepimpinan, semangat baharu dan sokongan akar umbi yang semakin pulih.
“Seperti yang sering disebut oleh pimpinan parti, pintu rumah UMNO sentiasa terbuka kepada sesiapa yang benar-benar ikhlas mahu kembali berjuang bersama parti. Terpulang kepada individu sama ada mahu terus berada di luar pagar, atau akhirnya pulang ke rumah sendiri,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Pada Isnin, media melaporkan Mukhriz menegaskan tidak akan kembali menyertai UMNO, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai masa depan politiknya bersama bekas parti lamanya itu.
Mukhriz yang juga bekas Naib Presiden UMNO menyifatkan persoalan mengenai kepulangannya ke pangkuan parti itu sebagai sesuatu yang mengejutkan, namun beliau dengan tegas menyatakan pendiriannya. – UMNO Online
Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.