Pemandu lori rasuah anggota polis RM1,000 direman 5 hari
Pemandu lori rasuah anggota polis RM1,000 direman 5 hari

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori direman lima hari selepas disyaki memberi rasuah kira-kira RM1,000 kepada anggota penguat kuasa bagi mengelak ditahan dalam satu pemeriksaan, di sini.
Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini, pagi tadi.
Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi semalam, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.
“Siasatan awal mendapati suspek memberi wang rasuah kepada seorang anggota Bahagian Pencegahan Jenayah Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam apabila ditahan dalam satu pemeriksaan di sekitar Shah Alam,” katanya.
Menurut sumber, wang rasuah terbabit diberi supaya suspek tidak ditahan selepas didapati bersama dua paket dadah jenis ganja anggaran 2 gram.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Pemandu lori rasuah anggota polis RM1,000 direman 5 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.