Pelancong warga Jerman terkandas daki Bukit Teresek letih, cedera
Pelancong warga Jerman terkandas daki Bukit Teresek letih, cedera

JERANTUT: Dua pelancong warga emas dari Jerman terkandas ketika mendaki Bukit Teresek setinggi 344 meter di Taman Negara Kuala Tahan di sini akibat keletihan dan kecederaan, semalam.
Marion, 75, dilaporkan terseliuh, selain tempurung lutut beralih, manakala rakannya, Bernd Alfred, 69, terlalu letih dipercayai akibat kekurangan air.
Penyelaras Nature Lifeguard Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Tahan, Roslan Abu Kassim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum operasi menyelamat digerakkan kira-kira jam 1 tengah hari.
Menurutnya, dua pelancong itu terkandas di pertengahan laluan pendakian dan pasukan penyelamat berjalan kira-kira dua kilometer ke lokasi sebelum membawa mereka turun menggunakan pengusung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
“Kedua-dua mangsa kemudian dibawa menaiki bot melalui Sungai Tembeling menuju jeti Kuala Tahan sebelum dipindahkan ke ambulans dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan,” katanya.
Pelancong warga Jerman terkandas daki Bukit Teresek letih, cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.