Pelajar maut motosikal dirempuh ketika dalam perjalanan solat tarawih
Pelajar maut motosikal dirempuh ketika dalam perjalanan solat tarawih

SHAH ALAM: Perjalanan pelajar Tingkatan Dua untuk menunaikan solat tarawih berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Kampung Dato Hormat, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, remaja lelaki berusia 14 tahun itu meninggal dunia kira-kira 45 minit kemudian ketika dirawat di unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam akibat cedera parah di kepala dan perut.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang Modenas Kriss dalam perjalanan dari Lorong 7 Kampung Dato Hormat ke Sungai Air Tawar untuk pergi surau.
“Ketika membelok ke kanan, motosikal remaja itu dipercayai dirempuh Yamaha Y16ZR yang datang dari arah belakang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Md Yusof berkata, penunggang Yamaha Y16ZR yang juga lelaki berusia 28 tahun tidak cedera
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Saksi kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Siti Atikah Md Ali, di talian 013-3328212 bagi membantu siasatan,” katanya.
Pelajar maut motosikal dirempuh ketika dalam perjalanan solat tarawih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.