Nabila Razali Jawab Kritikan Pakai Tudung Singkat & Berpakaian Jarang

‘Saya Hanya Manusia Biasa’

Nabila Razali Jawab Kritikan Pakai Tudung Singkat & Berpakaian Jarang 

Nabila Razali Jawab Kritikan Pakai Tudung Singkat & Berpakaian Jarang [VIDEO]

Penyanyi, Nabila Razali menjawab dakwaan segelintir pihak yang mempersoalkan penampilannya yang dikatakan bertudung singkat dan berpakaian jarang dalam kemunculan terbaharunya.

Tudung singkat

Nabila Razali Jawab Kritikan Pakai Tudung Singkat & Berpakaian Jarang [VIDEO]

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila atau nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 34, menjelaskan bahawa setiap penampilan yang dibawanya sering disesuaikan dengan konsep muzik yang dihasilkan, termasuk lagu raya terbaharunya, Tak Sabar Nak Raya.

Saya agak berhati-hati menjawab soalan ini kerana apa jua kenyataan saya takut disalah tafsir.

Tapi untuk saya sendiri sebagai anak seni, saya sentiasa berkarya dari segi muzik, fesyen dan penampilan mengikut lagu-lagu yang saya keluarkan.

Kali ini saya ikut konsep retro sedikit kerana lagu raya saya ada ‘vibe’ retro. Jadi saya ikut konsep muzik, tapi tidak bermaksud saya mengetepikan perkara yang salah.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada rakaman program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Peluang Kedua itu berkata setiap penampilan yang dipilih bukan dilakukan secara bersendirian, sebaliknya melalui penelitian bersama pasukannya.

Sudah tentu saya ada rujukan tersendiri setiap kali saya mahu tampil dengan sesuatu penampilan. Satu pasukan akan menilai sama ada ia sesuai untuk saya ataupun tidak.

Alhamdulillah semuanya saya suka dan ia kena dengan gaya lagu. Malah penari saya pun sedondon. Kami pilih penampilan itu disebabkan konsep muzik tersebut.

Dalam pada itu, Nabila mengakui dia hanyalah manusia biasa yang masih dalam proses memperbaiki diri.

Saya hanya manusia biasa dan masih mencuba untuk memperbaiki diri. Insya-Allah pada masa akan datang saya akan perbaiki lagi.

Tapi buat masa sekarang nikmati sahaja lagu Tak Sabar Nak Raya. Selepas ini akan ada lagu baharu dan penampilan baharu pula.

 

Nabila Razali Jawab Kritikan Pakai Tudung Singkat & Berpakaian Jarang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker