Lee Zii Jia tepis tekanan mara ke undian utama Terbuka Switzerland
Lee Zii Jia tepis tekanan mara ke undian utama Terbuka Switzerland

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, berdepan detik cemas sebelum memastikan kemaraan ke undian utama Terbuka Switzerland 2026 di Basel, sebentar tadi.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, kini menghuni ranking ke-96 dunia, terpaksa bekerja keras menewaskan wakil Denmark, Ditlev Jaeger Holm (ranking ke-61 dunia) 21-17, 19-21, 21-16 dalam aksi kedua pusingan kelayakan.
Zii Jia membuka langkah dengan kemenangan set pertama 21-17, namun Jaeger bangkit untuk menyamakan kedudukan 21-19 pada set kedua. Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan pada set penentuan sebelum menoktahkan kemenangan 21-16 dalam tempoh 59 minit.
Kemenangan ini menyaksikan Zii Jia bakal berdepan pemain Singapura, Jason Teh (ranking ke-33 dunia) pada pusingan pertama undian utama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Sebelum ini, Zii Jia memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan apabila menewaskan wakil Jepun, Minoru Koga, 21-14, 21-10 secara straight set.
Aksi di Basel menjadi penampilan kompetitif pertama Zii Jia sejak mara ke suku akhir Masters Thailand 2026 pada Januari lalu.
Dalam kejohanan itu, dia terpaksa menarik diri di pertengahan perlawanan menentang Alwi Farhan akibat kecederaan, selain turut menarik diri daripada Terbuka Jerman 2026 meskipun disenaraikan menyertai awalnya.
Lee Zii Jia tepis tekanan mara ke undian utama Terbuka Switzerland
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.