Kes bunuh, tetak, 3 suspek direman tujuh hari

Kes bunuh, tetak, 3 suspek direman tujuh hari

Kes bunuh, tetak, 3 suspek direman tujuh hari

Sungai Petani: Tiga suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang mati dengan kesan tetakan dan tangan adik perempuannya yang hampir putus dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kempas, di sini awal pagi hari ini.

Ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia belasan tahun direman bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, mayat lelaki berusia lewat 20-an itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut manakala adiknya masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan manakala tangan adik perempuannya hampir putus dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Taman Kempas, di sini, awal pagi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa berusia 20-an ditemui berlumuran darah dan dipercayai mati di tempat kejadian dan mangsa dipercayai ditetak berulang kali sebelum meninggal dunia menggunakan senjata tajam.

Kes bunuh, tetak, 3 suspek direman tujuh hari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker