‘Kami takut nak keluar rumah, jiran bantu padam kereta terbakar’ – Isteri Cikgu Chandra

'Kami takut nak keluar rumah, jiran bantu padam kereta terbakar' - Isteri Cikgu Chandra
Cikgu Chandra menunjukkan salah satu keretanya yang terbakar akibat perbuatan khianat di rumahnya di Taman Kinrara. – NSTP/ Muhaamad Hafis Nawawi

SERDANG: “Saya dan anak ketika itu sedang tidur sementara suami berjaga di ruang tamu sebelum terdengar bunyi kecoh di luar. Kami yang trauma terus lari bersembunyi di dalam bilik,” kata isteri kepada aktivis, Cikgu Chandra.

Dia yang enggan nama disiarkan, berkata mereka kemudian keluar selepas menyedari jiran memanggil dan memaklumkan kereta terbakar awal pagi tadi.

“Jiran yang membantu memadamkan kebakaran itu namun Proton Ertiga musnah keseluruhannya.

“Kejadian sebelah petang itu pula saya tiada di rumah kerana bekerja, cuma ada anak dan suami di mana individu terbabit yang menaiki Nissan Almera terus masuk ke kawasan rumah dan membakar kereta Perodua Viva,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya, seorang anaknya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan trauma dengan kejadian yang berlaku.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar

“Suami juga sebelum ini sering menerima panggilan ugutan ingin membunuhnya,” katanya

Sementara itu, Cikgu Chandra berkata, Proton Ertiga itu digunakan sebagai kenderaan e-hailing, namun rosak sepenuhnya.

Menurutnya, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dia berada di rumah bersama dua anaknya, sebelum dua lelaki tidak dikenali membuka pagar kediamannya.

“Lelaki terbabit yang memakai topeng hitam dan membawa parang itu kemudian memecahkan cermin belakang Perodua Viva serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumah.

“Apabila menyedari kedatangan mereka, saya terus menutup pintu hadapan rumah dan mereka masih mengetuk pintu hampir tiga minit,” katanya.

Katanya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat kira-kira enam individu menaiki dua kenderaan dipercayai berada di luar rumah ketika kejadian.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

“Kejadian tidak terhenti di situ apabila sekumpulan individu dipercayai datang semula ke rumah kira-kira jam 3.20 pagi tadi sebelum mencampakkan objek dipercayai bom petrol (molotov cocktail).

“Kereta Proton Ertiga milik saya musnah 100 peratus akibat terbakar manakala Perodua Viva dan sebuah lagi Perodua Bezza turut rosak akibat kebakaran itu,” katanya.

Cikgu Chandra berkata, kawalan keselamatan di kawasan rumahnya kini diperketatkan dan dia serta keluarganya masih trauma susulan kejadian yang menimpa mereka.

“Saya harap pihak berkuasa bertindak tegas dan tidak melindungi mana-mana pihak memandangkan kes gangsterisme dilihat semakin berani serta menjadi-jadi,” katanya.

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker