Jurulatih Leverkusen persoal kesahihan taktik sepakan sudut Arsenal

Jurulatih Leverkusen persoal kesahihan taktik sepakan sudut Arsenal

Jurulatih Leverkusen persoal kesahihan taktik sepakan sudut Arsenal
Jurulatih utama Bayer Leverkusen dari Denmark, Kasper Hjulmand, menghadiri sidang media menjelang perlawanan pusingan 16 pertama Liga Juara Juara UEFA menentang Arsenal di BayArena, Leverkusen. – Foto AFP

Leverkursen: Jurulatih Bayer Leverkusen, Kasper Hjulmand, mempersoal sama ada taktik sepakan sudut Arsenal adalah sah mengikut peraturan sebelum aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara Juara UEFA pada Rabu di Jerman.

Hjulmand yang ditemui pada sidang media menekankan bahawa halangan pemain lawan ketika bola jauh dari aksi permainan sepatutnya dipertimbangkan dari sudut peraturan.

“Ini cabaran besar, tetapi saya sedikit keliru dengan blok ofensif ini. Saya tidak pasti jika ia dibenarkan apabila bola jauh,” katanya.

Skuad bimbingan Mikel Arteta menduduki tangga teratas Liga Premier, sebahagian besar kerana kejayaan mereka dari sepakan sudut, termasuk memecahkan rekod gol sepakan sudut dalam satu musim dengan 16 gol.

Dalam Liga Juara Juara, Arsenal menang semua lapan aksi kumpulan untuk menjuarai kumpulan 36 pasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


Hjulmand turut mengakui bahawa Leverkusen sendiri menggunakan taktik serupa, tetapi semakin hari ia semakin popular dalam bola sepak moden.

“Terlalu banyak blok, mereka cipta banyak peluang. Arsenal sangat mahir dalam situasi ini dan berlatih keras untuknya,” tambahnya.

Jurulatih Denmark itu juga menegaskan, menurut fahamannya, halangan sepatutnya hanya dibenarkan jika bola berada dalam jarak dekat dan berada dalam situasi permainan.

“Jadi saya tertanya-tanya adakah sah untuk melakukan blok walaupun bola jauh daripada kita, menolak pemain atau penjaga gol, dan mencipta ruang?” katanya.

Sebelum ini, pengkritik Arsenal lain termasuk jurulatih Brighton, Fabian Huerzeler, dan bekas penyerang Chelsea, Chris Sutton, turut menegur strategi kelab Liga Perdana itu. Namun, Arsenal dan penyokong mereka kelihatan selesa dengan kontroversi, malah menyanyikan sorakan ‘set-piece lagi, ole, ole’.

Jurulatih Leverkusen persoal kesahihan taktik sepakan sudut Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker