Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur

Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur

Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur

PUTATAN, 10 Mac – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, meneruskan program ziarah Ramadan dengan mengunjungi beberapa kawasan termasuk Kampung Tanjung Aru Baru, perumahan Taman Pantai Lok Kawi, Kampung Pituru serta Taman Lokawi bagi menyantuni masyarakat setempat.

Dalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah keluarga asnaf dan golongan uzur yang memerlukan perhatian serta sokongan, selain bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan mereka.

Menurut Jeffery, ada antara penduduk yang dikenalinya sudah lama dan kini tidak lagi sihat untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa.

“Ramai yang saya kenal di kawasan ini, namun keadaan kesihatan mereka tidak lagi mengizinkan. Saya doakan agar mereka semua diberikan kesembuhan oleh Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, ziarah tersebut bukan sekadar kunjungan biasa, sebaliknya sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan perhatian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


“Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan perhatian serta sokongan. Kita bertanya khabar, melihat sendiri keadaan mereka dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya lagi.

Tambah beliau, kehadiran tersebut diharap dapat memberi sedikit kegembiraan dan semangat kepada golongan yang diziarahi, terutama sepanjang bulan Ramadan yang penuh rahmat.

Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur

“Ramadan mengajar kita untuk lebih bersyukur, berkongsi rezeki dan tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan serta mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat,” ujarnya.

Jeffery Nor turut memaklumkan bahawa program ziarah Ramadan itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian usaha mendekati masyarakat dan memahami keperluan mereka secara lebih dekat.

“Insya-Allah saya akan teruskan ziarah seperti ini sebagaimana yang selalu saya lakukan, kerana melalui cara ini kita dapat mendekati masyarakat dan melihat sendiri keadaan mereka,” katanya lagi. – UMNO Online

Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker