‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Mazalan Maarop menyifatkan gagasan Rumah Bangsa yang diketengahkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pendekatan strategik dalam memperkukuh perpaduan melalui semangat penyatuan yang lebih inklusif.
Menurut beliau ini kerana konsep Rumah Bangsa membawa maksud sebuah wadah yang menjadi tempat berhimpun kepada semua pihak yang berkongsi aspirasi memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekali gus menjadi simbol kepada usaha memperkukuhkan kesatuan dalam kalangan orang Melayu.
“Dalam konteks pengukuhan UMNO, gagasan ini berperanan sebagai asas penting untuk merapatkan semula hubungan antara pelbagai kelompok masyarakat Melayu yang sebelum ini mungkin terpisah akibat perbezaan pandangan politik.
“Kenyataan Presiden UMNO sebelum ini yang membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali semula ke dalam parti tanpa sebarang syarat perlu disambut baik.
“Pendekatan tersebut mencerminkan keterbukaan serta kematangan politik UMNO dalam mengutamakan penyatuan demi memperkukuh kembali kekuatan parti, khususnya dalam menghadapi cabaran politik semasa,” katanya ketika dihubungi UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
Katanya lagi, melalui Rumah Bangsa, semua pihak yang mempunyai hasrat sama untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan bumiputera diberi ruang untuk bersama-sama menyumbang kepada agenda pembangunan bangsa.
Mazalan menambah inisiatif ini sekali gus membuktikan komitmen UMNO untuk terus memperkasa orang Melayu dengan menyediakan sebuah platform yang menyatukan pelbagai kekuatan dan potensi dalam masyarakat.
“Dengan semangat kebersamaan yang dibawa melalui gagasan ini, UMNO dilihat berusaha memperkukuh peranannya sebagai wadah utama yang memayungi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.
“Justeru, konsep Rumah Bangsa yang diketengahkan oleh Presiden UMNO bukan sahaja memperlihatkan usaha memperkukuh parti, malah mencerminkan komitmen berterusan UMNO untuk menyatukan kembali kekuatan orang Melayu demi masa depan negara,” ujar beliau. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.