Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak [VIDEO]

‘Gentleman Sangat, Saya Respect’

Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak [VIDEO]

Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak [VIDEO]

Pelakon dan usahawan Fazura memuji tindakan aktor, Kamal Adli yang menyediakan baju raya untuk bekas isterinya, Uqasha Senrose serta anak mereka Hawra Uqaira.

Baju raya Uqasha & anak

Menerusi perkongsian pengguna Threads, kelihatan Fazura sedang berada di sebuah premis perniagaan tekstil terkenal iaitu Jakel.

Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, itu kemudian meluahkan rasa kagum apabila mengetahui Kamal membeli beberapa pasang baju kurung untuk Uqasha dan Hawra.

Kamal Adli belikan baju untuk Uqasha dan anaknya.

Gentleman sangat. Kamal, saya respect sangat dekat awak.

Komen netizen

Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak [VIDEO]

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Kamal sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab meskipun dia dan Uqasha telah memilih jalan perpisahan.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 selepas lima bulan bertunang. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Sumber: Threads

Fazura Kagum Kamal Adli Belikan Baju Untuk Uqasha Senrose & Anak [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker