Diana Danielle Tak Paksa Anak Berpuasa Penuh
Utamakan Empati – ‘Saya Beritahu Kebaikan & Manfaat’
Diana Danielle Tak Paksa Anak Berpuasa Penuh

Pelakon, Diana Danielle berkongsi pendekatan yang digunakan dalam mendidik dua cahaya matanya, Muhammad, 13, dan Aurora, 11, untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
Diana Danielle cerita kebaikan puasa

Diana atau nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata dia lebih memilih pendekatan lembut dengan menunjukkan empati supaya anak-anak memahami bahawa ibadah puasa bukan satu paksaan.
Sebagai ibu, saya sentiasa menunjukkan empati yang banyak supaya mereka tahu yang saya bukan memaksa untuk berpuasa tetapi mahu yang terbaik.
Saya sentiasa beritahu mereka kebaikan berpuasa. Berpuasa bukan untuk menyeksa tetapi mahu menjadikan mereka lebih sihat.
Saya cakap dengan anak-anak berpuasa boleh detoks tubuh badan, bersihkan perut, mengelakkan penyakit berbahaya dan sebagainya.
Diana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Raya Astro 2026 yang diadakan di Hotel Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah pelakon filem Imaginur itu, pendekatan menerangkan manfaat kesihatan juga membantu anak-anaknya memahami kepentingan berpuasa walaupun mereka masih di peringkat usia kanak-kanak.
Untuk bercakap dari sudut agama pula mereka mungkin faham, cuma kanak-kanak belum memahami yang lebih mendalam.
Anak sulung saya sudah berusia 13 tahun, saya sudah tidak perlu pantau atau paksanya lagi untuk berpuasa kerana dia mampu. Dia boleh berpuasa penuh.
Cuma anak kedua saya yang berusia 11 tahun itu dia hari dia ‘motivated’ ada hari tidak. Jadi saya cuba pupuk sifat sabar dalam diri mereka.
Tiada insetif

Dalam masa sama, Diana mengakui dia tidak gemar menggunakan ganjaran atau insentif sebagai cara untuk menggalakkan anak-anak berpuasa.
Saya cuba untuk tidak memberi insentif kepada anak-anak sebab pada saya perkara itu macam perangkap diri semula. Tak akan setiap kebaikan orang buat perlu dapat insentif.
Tetapi kalau anak-anak ada kesukaran untuk berpuasa, saya beritahu mereka untuk maklumkan kepada saya. Boleh bincang sama-sama. Patut atau tidak untuk berbuka awal.
Tiada paksaan saya letakkan, jika mereka larat berpuasa silakan. Jika tidak larat atau rasa pening kepala, beritahu saya.
Yang penting usaha berusaha penuh, saya tidak mahu sehingga anak muntah atau dehidrasi. Pernah anak saya sakit. Di sekolah mereka terlalu aktif dan lupa sedang puasa, tahu-tahu penat.
Diana Danielle Tak Paksa Anak Berpuasa Penuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.