Cklamovski dedah wujud pihak cuba ganggu tugasnya di Harimau Malaya
Cklamovski dedah wujud pihak cuba ganggu tugasnya di Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski dilaporkan merasakan terdapat pihak tertentu yang tidak senang dengan kehadirannya bersama skuad kebangsaan sejak minggu pertama beliau memulakan tugas.
Perkara itu didedahkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang berkongsi situasi itu menerusi ciapan di laman media sosial X.
Menurut Tunku Ismail, jurulatih kelahiran Australia itu pernah menyuarakan pandangannya mengenai situasi yang dirasai ketika bersama pasukan, termasuk merasakan ada pihak yang tidak mahu beliau berada dalam struktur baharu skuad kebangsaan.
“Saya dapat rasakan ada sesetengah pihak yang tidak mahu kami berada di sini,” kata Cklamovski seperti dikongsikan oleh Tunku Mahkota Ismail.
Baginda berkata, situasi itu mula disedari ketika sesi latihan pertama Harimau Malaya di Padang Seri Gelam apabila berlaku beberapa perkara yang menimbulkan persoalan di sebalik tabir.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Menurut Baginda, pada sesi latihan itu, pihak media pasukan kebangsaan memaklumkan kepada media Johor Darul Ta’zim bahawa mereka ingin meminjam kamera bagi tujuan liputan latihan.
Bagaimanapun, perkara itu menjadi tanda tanya apabila kamera yang dimaklumkan tidak dilepaskan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Tunku Mahkota Ismail berkata, selepas melakukan siasatan lanjut, Baginda turut menerima maklum balas mengenai beberapa perkara lain yang berlaku di sebalik tabir yang berpotensi mengganggu fokus pasukan.
Dalam masa sama, Baginda menegaskan bahawa beliau segera menasihatkan Cklamovski supaya tidak terlalu memikirkan perkara itu dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawabnya bersama skuad Harimau Malaya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
“Saya menasihatkan Peter supaya hanya fokus kepada tugasnya dan tidak melayan permainan politik,” katanya.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail turut mendakwa ada segelintir pihak dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang tidak berpuas hati terhadap Baginda serta struktur baharu yang membabitkan pasukan kebangsaan.
Cklamovski dedah wujud pihak cuba ganggu tugasnya di Harimau Malaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.