Barcelona buka Camp Nou utara, kapasiti stadium meningkat ke 63,000

Barcelona buka Camp Nou utara, kapasiti stadium meningkat ke 63,000

Barcelona buka Camp Nou utara, kapasiti stadium meningkat ke 63,000
Stadium Camp Nou. – Foto Reuters

Barcelona: Juara La Liga, Barcelona, kini dibenarkan membuka tribune utara stadium mereka dan meningkatkan kapasiti Spotify Camp Nou hampir 63,000 penonton.

Selepas tertangguh lebih dua tahun akibat kerja pembinaan, Barcelona hanya mampu menempatkan penyokong di tiga dari empat tribune dengan kapasiti 45,000 sejak November lalu.

“Dengan pengaktifan ruang VIP dan Gol Norte (tribune utara), kapasiti Spotify Camp Nou kini diperluas kepada 62,652 penonton,” menurut kenyataan kelab.

Pasukan dari Catalonia itu akan menanti kunjungan Sevilla pada Ahad ini untuk aksi pertama yang membolehkan mereka memanfaatkan kapasiti tambahan selepas pihak majlis bandaraya meluluskan lesen diperlukan.

Sebelum ini, kelab merancang membuka kembali stadium pada November 2024 sempena ulang tahun ke-125, namun siri kelewatan menyebabkan pembukaan ditunda setahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar


Kerja pembinaan akan diteruskan untuk menyiapkan tingkat ketiga Camp Nou, membolehkan stadium menampung sehingga 105,000 penonton dan menambah bumbung. Projek bernilai 1.5 bilion euro (RM8.1 bilion) itu dijangka siap sepenuhnya pada musim panas 2027.

 

Barcelona buka Camp Nou utara, kapasiti stadium meningkat ke 63,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa UMNO: Penyatuan Tanpa Syarat Demi Masa Depan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker