3 tahun terlupa tutup tingkap, rumah jadi sarang merpati
3 tahun terlupa tutup tingkap, rumah jadi sarang merpati

MOSCOW – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumahnya bertukar menjadi habitat burung merpati selepas dia terlupa untuk menutup tingkap selama tiga tahun, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, lelaki itu meninggalkan bandar perlombongan Vorkuta tiga tahun lalu untuk bekerja di Siberia tetapi terlupa menutup salah satu tingkap apartmennya.
“Sarang burung, bulu, najis, begitu banyak najis burung di atas lantai.
“Merpati-merpati itu memandang saya seperti penyewa yang tertunggak membayar sewa. Saya dilihat seperti penceroboh sebuah negara merpati,” kata lelaki tersebut dalam video yang dirakam.
Kos pembersihan dan mengganti semua perabot dianggarkan antara 1.5.juta ruble (RM74,000) hingga 2 juta ruble (RM99,000), hampir menyamai nilai hartanah apartmen tersebut.
Lelaki tersebut juga perlu menjadikan rumahnya selamat didiami semula.
Ini kerana burung merpati mudah terdedah kepada pelbagai penyakit, termasuk selesema burung dan psittacosis. – AGENSI
3 tahun terlupa tutup tingkap, rumah jadi sarang merpati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pintu Rumah UMNO Sentiasa Terbuka … Terpulang Mahu Berada Luar Pagar Atau Kembali
- Jeffery Nor Teruskan Ziarah Ramadan, Santuni Asnaf Dan Golongan Uzur
- ‘Gagasan Rumah Bangsa Perkukuh Kesatuan Melayu’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.