‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Damansara, Ali Amir Razali menyifatkan pelaksanaan Rumah Bangsa bukan sekadar retorik politik sebaliknya seruan untuk membuka lembaran baharu.
Katanya ia sebagai ruang kepada pihak yang pernah bersama dalam perjuangan untuk kembali menyumbang tanpa dibebani oleh konflik lama.
“Dalam kerangka inilah juga wajar kita melihat perkembangan terkini melibatkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang secara terbuka menyatakan hasrat dan keterbukaan untuk kembali bersama perjuangan parti.
“Walau apa pun perbezaan yang pernah berlaku, tidak dapat dinafikan bahawa Khairy merupakan antara tokoh yang pernah memainkan peranan penting dalam membawa suara generasi muda dalam UMNO.
“Dalam era politik yang semakin mencabar, pengalaman, idea dan tenaga daripada pemimpin seperti beliau tentunya boleh menyumbang kepada proses memperkukuh semula parti,” katanya menerusi satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Menurut beliau lagi, pendekatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai konsep Rumah Bangsa yang menekankan pendekatan forgive and forget datang pada waktu yang sangat penting dalam landskap politik Melayu hari ini.
Katanya ini kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, politik orang Melayu sering dilihat tenggelam dalam perpecahan yang tidak berkesudahan.
“Hakikatnya, apabila terlalu banyak tenaga dihabiskan untuk bertelagah sesama sendiri, yang akhirnya menjadi mangsa ialah kekuatan politik Melayu itu sendiri. Dalam konteks ini, gagasan Rumah Bangsa perlu dilihat sebagai satu pendekatan berani untuk mengubah naratif tersebut.
“Pendekatan “memaafkan dan melupakan” bukanlah tanda kelemahan. Sebaliknya, ia adalah tanda kematangan dalam kepimpinan politik. Ia menunjukkan bahawa kepentingan masa depan bangsa lebih besar daripada pertelingkahan masa lalu.
“Sejarah politik Melayu sendiri membuktikan bahawa setiap kali berlaku perpecahan besar, kekuatan kolektif kita akan terjejas. Sebaliknya, apabila wujud kesatuan dan kesediaan untuk kembali bekerjasama, kita mampu membina semula kekuatan dengan lebih kukuh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
“UMNO sebagai parti yang mempunyai sejarah panjang dalam memperjuangkan nasib orang Melayu sudah tentu memahami hakikat ini,” ujar beliau. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.