Rekod bola sepak Brazil pecah, 23 kad merah dilayang dalam final Cruzeiro menentang Atletico
Rekod bola sepak Brazil pecah, 23 kad merah dilayang dalam final Cruzeiro menentang Atletico

Belo Horizonte: Final Campeonato Mineiro bertukar menjadi huru-hara apabila pengadil terpaksa melayangkan 23 kad merah dalam perlawanan antara Cruzeiro Esporte Clube dan Clube Atletico Mineiro baru-baru ini.
Insiden tercetus pada minit akhir perlawanan ketika Cruzeiro sedang mendahului 1-0 apabila penjaga gol Atletico, Everson, menolak pemain Cruzeiro, Christian, hingga terjatuh.
Tindakan itu mencetuskan pergaduhan besar membabitkan pemain kedua-dua pasukan termasuk barisan kejurulatihan yang berlari masuk ke dalam padang.
Situasi tegang memaksa pengadil mengambil tindakan tegas dengan melayangkan 23 kad merah kepada pemain dan pegawai daripada kedua-dua pasukan.
Antara yang dibuang padang bagi Cruzeiro ialah Cassio, Fagner, Fabricio Bruno, Joao Marcelo, Lucas Romero, Matheus Henrique, Walace, Kaio Jorge dan Christian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
Untuk rekod, insiden itu mencipta sejarah baharu bola sepak Brazil apabila menjadi perlawanan dengan kad merah terbanyak, mengatasi rekod lama 22 kad merah yang dicatatkan pada 1954.
Rekod bola sepak Brazil pecah, 23 kad merah dilayang dalam final Cruzeiro menentang Atletico
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.