Rakyat serbu stesen minyak, penjawat awam Filipina kerja 4 hari seminggu
Rakyat serbu stesen minyak, penjawat awam Filipina kerja 4 hari seminggu

MANILA – Pengguna beratur panjang di stesen-stesen minyak di Filipina, manakala pihak berkuasa memberi amaran supaya peniaga tidak menyembunyikan bahan api ketika penduduk bergegas mengisi tangki minyak masing-masing menjelang lonjakan harga yang didorong oleh perang Amerika Syarikat -Israel menentang Iran.
Perang di Asia Barat menjejaskan penghantaran dan merosakkan kemudahan minyak serta gas di rantau itu, menyebabkan harga minyak global melambung tinggi.
Di Filipina, pengguna akan terkesan dengan siri kenaikan harga berperingkat bermula esok, kata Setiausaha Tenaga Sharon Garin kepada jawatankuasa Kongres.
Berita itu muncul ketika Presiden Ferdinand Marcos mengumumkan minggu kakitangan awam bekerja empat hari untuk menjimatkan penggunaan bahan api.Video Berita Harian
Harga diesel yang menggerakkan bas awam dan jipni di Filipina melambung antara 17 peso (RM1.13) hingga 24 peso (RM1.60) untuk satu liter, kata Garin pada taklimat akhbar petang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
Kos petrol biasa akan meningkat sebanyak 7 peso (RM0.47) hingga 13 peso(RM0.87) seliter, manakala harga kerosin akan terjejas paling teruk, melambung antara 32 peso (RM2.14) hingga 38.50 peso (RM2.50).
“Harga bahan api tidak dikawal selia oleh (Jabatan Tenaga).
“Apa yang boleh kami lakukan ialah memantau dan meminta mereka menjelaskan mengapa harga mereka begitu, tetapi kami tidak boleh mengenakan hukuman,” kata Garin kepada pemberita.
Di sebuah stesen petrol di Metro Manila, wartawan AFP melihat motosikal, teksi dan kereta persendirian beratur dalam cuaca panas terik.
Pekerja stesen minyak Enrico Guda, 31, berkata, jumlah kenderaan biasa yang dikendalikan stesen itu dalam sehari meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 1,000 unit apabila pelanggan berusaha untuk mengisi minyak sebelum harga melambung tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
“Barisan bermula 24 jam yang lalu. Pagi, petang, malah pada waktu subuh,” katanya. – AFP
Rakyat serbu stesen minyak, penjawat awam Filipina kerja 4 hari seminggu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.