Polis tumpas sindiket edar, simpan dadah dalam kereta
Polis tumpas sindiket edar, simpan dadah dalam kereta

KUALA LUMPUR: Lapan ahli kumpulan jenayah pecah rumah yang aktif melakukan sekurang-kurangnya 42 kes dengan kerugian hampir RM1 juta di Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, esok.
Kumpulan itu berjaya dilumpuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi operasi khas yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pulau Pinang dalam operasi khas pada 15 Februari lalu.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata operasi khas dinamakan Ops Shadow ini membabitkan satu kumpulan penjenayah yang aktif melakukan kesalahan jenayah harta benda khususnya kes pecah rumah di sekitar Pulau Pinang.
“Kumpulan diketuai seorang lelaki warga tempatan berumur 27 tahun ini mempunyai lapan orang ahli berumur dalam lingkungan 22 hingga 35 tahun yang terdiri daripada penjenayah berulang.
“Kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak 2024 sehingga Oktober 2025 dengan sekurang-kurangnya 42 kes pecah rumah direkodkan membabitkan jumlah kerugian hampir RM1 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
Beliau berkata, dalam operasi khas yang dijalankan pada 15 Februari lalu, polis menahan lima suspek berusia antara 22 hingga 26 tahun.
“Semua tangkapan kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
“Tiga lagi suspek berumur antara 23 hingga 31 tahun telah dikenal pasti dan ketika ini berada dalam tahanan Penjara Jawi, Pulau Pinang serta Penjara Alor Setar, Kedah atas kesalahan lain,” katanya.
Kumar berkata, semua tangkapan mempunyai rekod kesalahan lampau termasuk rompak berkumpulan, pecah rumah, curi dalam bangunan, curi kenderaan, mendatangkan kecederaan, khianat, memiliki serta melupuskan barangan curi selain aktiviti penagihan dadah.
Mengulas mengenai modus operandi, Kumar berkata, kumpulan itu menyasarkan rumah di kawasan perumahan mewah berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan selain kawasan perumahan biasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
“Suspek akan memecah masuk rumah sebelum menggeledah dan melarikan barangan berharga seperti barang kemas, barangan elektronik, wang tunai serta lain-lain barangan yang mudah dilupuskan.
“Kesalahan dilakukan secara bersama bagi mendapatkan faedah material,” katanya.
Beliau berkata, melalui penangkapan kesemua ahli kumpulan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan semua 42 kes pecah rumah yang dilaporkan di Pulau Pinang.
“Kertas siasatan dirujuk dan ditaklimatkan ke Pejabat Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara pada 6 Mac lalu.
“Berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan, pihak pendakwaan bersetuju menuduh kesemua lapan individu terbabit di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang,” katanya.
Beliau berkata, pertuduhan terhadap semua suspek dijadual dilaksanakan di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang esok.
Jika disabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
Polis tumpas sindiket edar, simpan dadah dalam kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.