Polis tumpas sindiket edar, simpan dadah dalam kereta
Polis tumpas sindiket edar, simpan dadah dalam kereta

BUTTERWORTH: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dan penyimpanan dadah jenis Syabu serta Pil Erimin 5 dengan merampas hampir 42 kilogram (kg) bahan larangan itu.
Rampasan bernilai RM2.7 juta itu dilakukan dalam serbuan di tempat letak kenderaan di daerah Seberang Perai Utara, di sini, Khamis dan Jumaat lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail, berkata serbuan jam 4 petang itu turut membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun yang berperanan sebagai ‘runner’.
Menurutnya, penahanan dibuat berikutan hasil pemeriksaan terhadap beg yang dipegang suspek menemui sejumlah dadah dan kunci kereta.
“Berpandukan kunci kereta itu pula, polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta serta menemui 28 bungkusan plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki syabu, dengan berat keseluruhan dianggarkan 29.46kg.
“Hasil soal siasat lanjut, polis dibawa ke kawasan sama oleh suspek dan pemeriksaan terhadap sebuah lagi kereta menemui empat bungkusan plastik mengandungi 4,000 sampul aluminium berisi Pil Erimin 5, dianggarkan seberat 12.54kg,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Jelasnya, hasil risikan mendapati aktiviti penyimpanan dan pengedaran dadah oleh ‘runner’ itu bergiat aktif sejak awal Januari.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati tangkapan negatif sebarang dadah dan semakan mendapati dia turut mempunyai rekod kesalahan lampau. Polis turut menyita sebuah kenderaan bagi tindakan lanjut.
“Suspek direman selama enam hari bermula 6 Mac hingga 11 Mac. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Polis tumpas sindiket edar, simpan dadah dalam kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.