Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melihat kenyataan presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada semua bekas ahli serta mereka yang ingin kembali bersama perjuangan parti sebagai langkah terbaik dalam usaha memperkukuh kembali kekuatan parti keramat itu.
Menurut beliau, pendekatan yang dibawa oleh Presiden UMNO itu memperlihatkan keterbukaan kepimpinan parti untuk merapatkan semula saf perjuangan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan keluarga besar UMNO.
Katanya, gagasan Rumah Bangsa yang dibawa oleh presiden parti bukan sekadar seruan politik semata-mata, sebaliknya membawa mesej penyatuan yang lebih besar demi masa depan parti dan negara.
“Semangat yang dibawa melalui gagasan Rumah Bangsa ini sangat bertepatan dengan roh Ramadan yang mengajak umat Islam untuk bermuhasabah, saling bermaafan serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan keluarga besar parti,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau lagi, bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk semua pihak menilai kembali perjalanan perjuangan serta mengenepikan perbezaan yang pernah berlaku demi kepentingan lebih besar iaitu memperkukuh parti dan membela nasib rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Sharkar turut berpandangan bahawa langkah membuka pintu kepada bekas ahli untuk kembali menyertai UMNO mencerminkan kematangan politik serta keikhlasan kepimpinan parti dalam memastikan UMNO terus kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Tambah Sharkar, usaha penyatuan ini juga dilihat mampu mengembalikan kekuatan UMNO sebagai sebuah parti yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan kebersamaan dalam menghadapi cabaran politik semasa.
“Yang penting sekarang ialah memperkukuh saf perjuangan, merapatkan barisan serta memastikan umno terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa UMNO membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai parti, selaras dengan semangat ramadan yang mengajak umat islam bermuhasabah serta memperkukuh ukhuwah.- UMNO Online
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.