Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit

Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit

Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menyifatkan perjumpaan parti teras Melayu-Islam yang berlangsung pada minggu lalu bukan program kepartian sempit.

Menerusi satu kenyataan, beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap ketidakhadiran PPBM, Putra dan badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) ke perjumpaan tersebut.

“Saya memandang serius dan kesal terhadap ketidakhadiran PPBM, Putra dan NGO MN dalam Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

“Musyawarah ini bukan program kepartian sempit, sebaliknya satu ruang terbuka untuk parti-parti yang sering bercakap tentang kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera duduk semeja bagi mencari titik persamaan demi ummah.

“Namun amat menghairankan apabila pihak yang selama ini paling lantang bercakap tentang perpaduan Melayu dan mempertahankan Islam memilih untuk tidak hadir apabila ruang musyawarah sebenar dibuka,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar


Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, rakyat berhak mempersoalkan sejauh mana keikhlasan perjuangan yang sering dilaungkan.

“Perpaduan tidak boleh dibina melalui slogan dan ceramah politik semata-mata. Jika meja perbincangan demi kepentingan Islam dan Melayu pun tidak sanggup dihadiri, maka rakyat berhak mempersoalkan sejauh mana keikhlasan perjuangan yang sering dilaungkan.

“Hakikatnya, orang Melayu di akar umbi tidak berpecah seperti yang selalu digambarkan. Hanya politik sering memecahbelahkan, menjadikan Melayu dan Islam sebagai pertandingan.

“Kalau benar mahu perpaduan Melayu, jangan takut duduk semeja. Mereka yang takut bermusyawarah biasanya lebih selesa berpolitik daripada menyatukan,” katanya lagi. – UMNO Online

Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit

Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker