Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit berhulu panjang

Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit berhulu panjang

Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit berhulu panjang
Seorang pelajar maut apabila lehernya dikelar sabit berhulu panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal pekerja membawa senjata itu, dalam kejadian di Batu 4, Kampung Selabak. – Foto Ihsan Polis

TELUK INTAN: Seorang pelajar kolej vokasional maut apabila lehernya dikelar sabit berhulu panjang ketika motosikal yang dinaikinya berselisih dengan motosikal membawa sabit itu, di Batu 4, Kampung Selabak, di sini hari ini.

Mangsa, Adham Faisal, 17, pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, berkata hasil siasatan mendapati tragedi berlaku apabila sabit berhulu panjang yang dibawa oleh seorang lelaki menaiki motosikal lain terkena pada bahagian leher mangsa.

“Ketika kejadian, motosikal dinaiki mangsa serta motosikal dinaiki lelaki membawa sabit berkenaan saling berhampiran antara satu sama lain di atas jalan.

“Mangsa terjatuh atas jalan akibat terkena sabit itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


Bakri berkata, susulan itu polis menahan dua lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan selain merampas beberapa barangan berkaitan kejadian itu termasuk sebilah sabit berhulu panjang serta motosikal.

Menurutnya lagi, ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal bersama rakannya berusia 18 tahun, yang hanya mengalami kecederaan pada tangan dan kini sedang menerima rawatan lanjut.

Kata Bakri, kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat, dengan kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, malang yang menimpa Adham ditularkan ke laman sosial apabila mangsa dikatakan maut susulan lehernya terkena galah sabit sawit tanpa sarung dalam kemalangan membabitkan motosikal di Changkat Jong, di sini hari ini (Isnin).

Pelajar kolej vokasional maut leher terkena sabit berhulu panjang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker