MFL santuni anak yatim, asnaf
MFL santuni anak yatim, asnaf

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyantuni kira-kira 30 anak yatim dan asnaf daripada Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah Baru menerusi majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan duit raya kepada mereka.
Majlis berkenaan diadakan bersempena bulan Ramadan sebagai usaha memastikan golongan kurang bernasib baik turut diraikan selain berkongsi kegembiraan bersama mereka.
Presidennya, Ab Ghani Hassan, berkata program itu menjadi antara aktiviti tahunan MFL setiap kali Ramadan.
“Dalam kesibukan menguruskan saingan liga tempatan, MFL tidak pernah lupa untuk meraikan golongan kurang bernasib baik terutamanya anak yatim.
“Oleh itu, kita mengadakan majlis berbuka puasa untuk mereka selain turut memberikan duit raya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Bersama Media, di sini, sebentar tadi.
Pada masa sama, MFL turut meraikan warga media pada majlis berkenaan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara badan pengelola liga dan pengamal media.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd.
MFL santuni anak yatim, asnaf
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.