Kekalahan yang menyakitkan – Aaron-Wooi Yik

Kekalahan yang menyakitkan – Aaron-Wooi Yik

Kekalahan yang menyakitkan - Aaron-Wooi Yik
AARON dan Wooi Yik bersama beregu Korea Selatan di atas podium. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui kekalahan di pentas final Seluruh England awal pagi tadi cukup perit, namun mereka tetap mengambilnya sebagai pengalaman berharga dalam usaha memburu gelaran besar pada masa akan datang.

Aaron berkata, mereka tetap berpuas hati dengan usaha yang dipamerkan walaupun terlepas peluang menjulang kejuaraan.

“Kami masih melakukan yang terbaik walaupun kalah. Kami berjaya melangkah ke final dan tewas kepada pasangan terbaik.

“Masih banyak perkara yang perlu kami pelajari,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia selepas perlawanan.

“Mungkin masanya belum tiba lagi, tetapi kami akan terus bermain kerana masih ada banyak masa lagi,” katanya.

Sementara itu, Soh Wooi Yik berkata, mereka sebenarnya memiliki peluang besar untuk menang terutama ketika mendahului dalam set penentuan.

Namun katanya, keadaan gelanggang selepas pertukaran petak sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada pihak lawan.

“Dalam set ketiga kami ada kelebihan mata yang baik, tetapi apabila kami bertukar petak gelanggang mereka mempunyai lebih kelebihan di sebelah sana.

“Kami sedar perkara itu, tetapi pada masa sama kami tidak dapat mengawal permainan pada saat-saat genting,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar


Menurutnya, faktor angin di dalam gelanggang juga memberi kesan kepada corak permainan terutama ketika perlawanan memasuki fasa penentuan.

“Saya rasa faktor angin lebih memihak kepada mereka di sana dan ia memudahkan mereka mendapatkan mata.

“Pada kedudukan sekitar 16 sama, kami melakukan beberapa kesilapan mudah yang akhirnya merugikan kami,” katanya.

Terdahulu, dalam aksi final di Utilita Arena Birmingham, pasangan negara yang juga pilihan kedua bermula cemerlang apabila memenangi set pertama 21-18.

Namun gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, bangkit menguasai permainan untuk memenangi dua set berikutnya 21-12, 21-19 sekali gus merangkul kejuaraan.

Aaron-Wooi Yik sebenarnya berada di landasan terbaik apabila mendahului dalam set penentuan sebelum lawan berjaya memintas pada saat-saat akhir.

Kekalahan itu juga menyaksikan beregu negara sekali lagi terpaksa berpuas hati sebagai naib juara kejohanan badminton tertua dunia itu buat kali ketiga selepas meraih pencapaian sama pada 2019 dan 2024.

Kekalahan yang menyakitkan – Aaron-Wooi Yik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker