Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca litar pintas

Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca litar pintas

Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca litar pintas
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff melepas konvoi penyelamat semepana pelancaran Siap Siaga Raya 2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, hari ini. Foto BERNAMA

KUANTAN: Insiden kebakaran yang meragut nyawa lima sekeluarga di rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub pada 26 Februari lalu, berpunca daripada litar pintas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, berkata siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mendapati punca kebakaran itu juga disebabkan sistem pendawaian yang tidak teratur sehingga menyebabkan berlakunya litar pintas.

“Berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh JBPM Pahang terhadap kes-kes kebakaran struktur tahun ini, sebanyak 15 daripada 35 kes keseluruhan berpunca daripada faktor elektrikal iaitu sekitar 43 peratus, diikuti tujuh kes berpunca daripada peralatan gas iaitu 20 peratus serta enam kes berpunca daripada api berbara iaitu sekitar 17 peratus, manakala selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran bersempena dengan Siap Siaga Raya Tahun 2026 di Padang MBK 1, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mengorbankan Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


Dua lagi anak pasangan itu selamat kerana tiada di rumah, iaitu Ruby Adalia Balqis, 19, yang juga pelajar matrikulasi di Gambang, Kuantan dan Ahmad Balia Murqam, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong.

Mengulas lanjut, Mohammad Fakhruddin juga berkata, atas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihaknya akan menyumbangkan Rumah Rakyat Pahang kepada waris mangsa yang terselamat, yang dijangka siap pada tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya bercadang memastikan setiap rumah mampu milik di Pahang dilengkapi alat pemadam api bagi meningkatkan tahap keselamatan penghuni memandangkan penggunaannya amat penting terutama apabila membabitkan elektrik atau gas yang tidak boleh dipadam dengan air kerana boleh memburukkan keadaan.

Pada majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar itu turut menyaksikan penyerahan dua jentera Fire Rescue Tender oleh Syarikat Alliance Steel kepada JBPM Pahang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar


Beliau berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan juga jelas menunjukkan komitmen pihak industri dalam menyokong usaha pihak berkuasa dalam memperkukuh aspek keselamatan awam.

Mohammad Fakhruddin berkata, sebagai langkah tambahan untuk meningkatkan kecekapan respons kecemasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, jentera dan pasukan JBPM Pahang akan ditempatkan di tiga lokasi strategik sepanjang lebuh raya utama iaitu kawasan rehat dan rawat Temerloh, Gambang serta Genting Sempah dari 19 hingga 24 Mac ini.

“Langkah ini diambil bagi memastikan masa tindak balas pasukan penyelamat dapat dipertingkat sekiranya berlaku sebarang kecemasan sepanjang tempoh perjalanan pulang masyarakat ke kampung halaman,” katanya.

Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca litar pintas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker