Geng Lobo terbabit 25 kes curi kabel TM dan jenayah di 8 negeri tumpas
Geng Lobo terbabit 25 kes curi kabel TM dan jenayah di 8 negeri tumpas

ALOR SETAR: Geng Lobo yang aktif mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) dan jenayah di lapan negeri sejak pertengahan Jun tahun lalu akhirnya dicekup polis, bulan lalu.
Geng Lobo, yang didalangi lelaki dikenali dengan panggilan Lobo, dipercayai adalah perancang utama kumpulan itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Ali, berkata kumpulan penjenayah itu dikesan terbabit dalam 12 kes di sekitar kawasan ‘manhole’ atau lubang bawah tanah bagi jajaran kabel milik TM di kawasan Kota Setar.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan itu dianggotai lima ahli berusia lingkungan 30 hingga 61 tahun, kesemuanya penagih dadah jenis syabu.
Mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap kecuali warga emas berusia 61 tahun yang ditahan adalah pembeli kabel dicuri suspek terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
“Geng Lobo dan rakannya itu menyasarkan kawasan ‘manhole’ yang dikenal pasti mempunyai kabel TM dengan menggunakan alat khas pengesan logam.
“Kumpulan itu menggunakan peralatan khas seperti tali sling, pemotong besi, pelapik khas, cangkuk besi yang diubah suai dan kenderaan pacuan empat roda untuk menarik kabel curi.
“Kumpulan Lobo ini akan membawa hasil kegiatan jenayah terbabit ke sebuah premis membeli barangan lusuh di kawasan Semeling di Sungai Petani, ” katanya.
Tambah Syed Basri, untuk rekod, suspek Geng Lobo itu mempunyai lapan kes jenayah di Kedah; satu kes jenayah di Perlis; 6 kes jenayah di Pulau Pinang; masing-masing tiga kes jenayah di Perak, Johor dan Negeri Sembilan; dua kes jenayah di Melaka; serta satu kes jenayah di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, Geng Lobo ini disyaki terbabit melakukan 27 kes jenayah iaitu 25 kes curi kabel dan masing-masing satu kes mencuri komponen kenderaan serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
“Kumpulan ini berjaya ditahan sejak 9 Februari lalu jam 6 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kesalahan mendatangkan khianat dan Seksyen 411 Kanun keseksaan dan melupuskan harta yang dicuri, ” katanya.
Syed Basri berkata, pihaknya turut merampas tiga buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang digunakan untuk mengangkut barangan curi ini dan dua buah kereta jenis Volkswagen yang dipercayai kenderaan klon.
Beliau berkata, kenderaan Volkswagen itu diklon dari Singapura.
“Kumpulan Lobo ini biasanya bergerak di kawasan sunyi pada waktu malam dan tiada pengawal keselamatan serta tiada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) untuk mengelak perbuatan mereka dikesan, ” katanya.
Geng Lobo terbabit 25 kes curi kabel TM dan jenayah di 8 negeri tumpas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.