Berhalusinasi sampai tikam leher anak, adik
Berhalusinasi sampai tikam leher anak, adik

KAMPAR: Seorang lelaki yang berhalusinasi dipercayai bertindak menikam leher anak serta adiknya di sebuah rumah di Jalan Taman Intan 2, Taman Bandar Baru, di sini, semalam (Ahad).
Dalam kejadian sekitar 7.35 petang semalam (Ahad), anak lelaki suspek berusia 22 tahun ditikam tiga kali di bahagian kiri leher.
Adik bongsu perempuan suspek, yang berusia 56 tahun, juga parah selepas ditikam sekali di bahagian kiri leher menggunakan pisau.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata hasil siasatan awal mendapati serangan berlaku di ruang tamu rumah kediaman jenis dua tingkat yang dihuni suspek serta mangsa.
“Puncanya, suspek dikatakan mengalami halusinasi dan ada menjalani rawatan psikiatri di Hospital Fatimah, Ipoh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
“Suspek dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tanjung Rambutan. Suspek juga mengalami kecederaan iaitu luka di sebelah tapak tangan kiri,” katanya kepada media malam tadi.
Beliau berkata, serangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa kini dalam keadaan kritikal di wad kecemasan Hospital Kampar sebelum kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan susulan.
Katanya, kes yang membabitkan rampasan berupa sebilah pisau itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Berhalusinasi sampai tikam leher anak, adik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.