Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz meluahkan kesyukuran selepas selesainya penyerahan Baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri 2026 bagi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan DUN Dusun Tua dan Semenyih.
Beliau yang juga Penyelaras DUN Semenyih memaklumkan penyerahan sumbangan tersebut yang berlangsung pada semalam bertujuan meringankan beban rakyat sebagai persediaan menjelang sambutan Aidilfitri.
“Dengan berlangsungnya program penyerahan Baucar Jom Shopping Perayaan Aidilfitri 2026 peringkat DUN Semenyih maka lengkaplah sudah pelaksanaan Program Jom Shopping Perayaan Aidilfitri 2026 bagi kedua-dua DUN selepas penyerahan bagi DUN Dusun Tua yang telah diadakan semalam.
“Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM400,000 bagi menjayakan inisiatif ini untuk kedua-dua DUN sebagai usaha membantu golongan penerima membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Johan yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang terus komited meneruskan inisiatif kebajikan berkenaan demi kesejahteraan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Dalam pada itu beliau turut berharap yang disalurkan itu dapat memberi manfaat kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut Syawal bersama keluarga.
“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut Syawal bersama keluarga, insya-Allah,” ujar beliau.

Sementara itu, menerusi perkongsian berbeza beliau turut berbesar hati meluangkan masa menziarahi seorang remaja di Kampung Sungai Lui yang tabah menjaga ibunya di rumah.
Menurut beliau, remaja berkenaan tetap cekal meneruskan kehidupan walaupun berdepan ujian apabila perlu menguruskan ibunya yang memerlukan penjagaan rapi.
“Saya akan cuba melihat bagaimana bantuan yang bersesuaian dapat disalurkan bagi meringankan beban mereka selain membantu membuka ruang agar hasrat adik ini untuk menyambung pengajian dapat direalisasikan.
“Semoga ibunya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan buat anak yang begitu tabah menjaga ibunya ini. Sama-samalah kita mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan, insya-Allah,” katanya. – UMNO Online
Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.