Anggota bomba sukarela hilang terjatuh ke tasik ketika latihan uji bot
Anggota bomba sukarela hilang terjatuh ke tasik ketika latihan uji bot

IPOH: Seorang anggota pasukan bomba sukarela (PBS) hilang selepas terjatuh ke tasik berhampiran Jalan Lahat Mines, Bandar Baru Lahat Mines ketika menyertai latihan dan pengujian bot petang semalam.
Ketika kejadian, Ka-Jun Cheng Siew, 25, yang juga ahli PBS Menglembu dikatakan menyertai latihan bot disertai 16 peserta yang turut membabitkan pasukan PBS Pasir Pinji dan PBS Pekan BaAru.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon, berkata ketika kejadian latihan dikatakan sudah selesai, namun mangsa yang menaiki bot bersama seorang rakan membuat pusingan akhir menaiki bot terbabit.
Katanya, Cheng Siew dan rakannya yang memandu bot terjatuh ke tasik bekas lombong itu, namun pemandu bot berjaya diselamatkan, manakala mangsa hilang.
“Kalau diikutkan jarak mangsa terjatuh sekitar 45 hingga 50 meter dari tebing, di mana lokasi ditandakan tempat mangsa terjatuh berkedalaman sekitar 15 meter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
“Lokasi ini juga adalah lokasi biasa pasukan kita (JBPM) dan PBS buat latihan. Bagaimanapun dikatakan ketika bot mangsa keluar untuk pusingan terakhir itu mangsa tidak memakai PFD (jaket keselamatan),” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) itu hari ini.
Pencarian masih dilaksanakan selepas ditangguhkan tengah malam tadi, termasuk dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM dan turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, selain melalui kaedah carian di permukaan.
Menurutnya, teknologi sonar menggunakan gelombang bunyi bawah air untuk mengesan turut digunakan, selain penggunaan dron untuk melihat ketepatan kedudukan sebenar.
Anggota bomba sukarela hilang terjatuh ke tasik ketika latihan uji bot
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.