Amira Othman – ‘Babak Itu Tiada Kena Mengena Dengan Saya Hamil’

Amira Othman – ‘Babak Itu Tiada Kena Mengena Dengan Saya Hamil’

Amira Othman  - ‘Babak Itu Tiada Kena Mengena Dengan Saya Hamil’

Penyanyi dan pelakon Amira Othman akui sering menerima soalan mengenai cahaya mata dari awal perkahwinan bersama suami, Fattah Amin.

Babak musik video

Ketika ditemui OhBulan!, Amira atau Nadia Amira Othman, 33, menegaskan bahawa tiada apa-apa maksud tersirat mengenai video muzik lagu rayanya yang memberi gambaran berbadan dua.

Babak itu tiada kena mengena (hamil). Saya pun tanya suami kenapa buat macam itu.

Kami cuma nak buat babak plot twist sikit. Tiada petunjuk apa-apa pun.

Daripada awal lagi saya kahwin memang orang cakap nampak baby bump. Kalau memang benar kami akan kongsikan (berita kehamilan).

Amira berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran muzik video Bincang Raya yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mengulas lanjut dakwaan berbadan dua, pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu akui merujuk ahli ulama serta persetujuaan keseluruhan daripada keluarga sebelum mengumumkan secara umum.

Insya-Allah kalau ada perkara baik, waktu yang baik dan bersesuaian kita akan kongsikan.

Setiap kali kita nak kongsi apa-apa sudah tentu kami fikirkan tentang keluarga dan nasihat-nasihat orang-orang alim ulama.

Lagi pun bukan kita nak sembunyikan apa-apa cuma bergantung kepada keadaanlah.

Video muzik lagu raya Amira Othman dan Irfan Haris yang berjudul Bincang Raya mula ditayangkan secara rasmi hari ini di saluran YouTube.

Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lalu.

Amira Othman – ‘Babak Itu Tiada Kena Mengena Dengan Saya Hamil’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker