3 remaja makan waktu siang, tayang ‘live’ di TikTok
3 remaja makan waktu siang, tayang ‘live’ di TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tiga remaja di Gayo Lues, wilayah Aceh makan dan minum dengan sengaja di waktu siang pada bulan Ramadan sambil melakukan penstriman TikTok Live, lapor laman berita Destinasi Gayo.
Dalam video tersebut, seorang remaja lelaki dan dua perempuan makan pada waktu siang sambil bergurau di sebuah lokasi awam.
Video itu menjadi tular dan menerima kecaman orang ramai yang mengutuk tindakan mereka yang makan dan minum secara terbuka ketika bulan puasa.
“Bangga betul anda buat begini,” kata seorang netizen.
“Buat dulu, kemudian minta maaf,” kata pengguna media sosial lain.
Selepas video itu tular, tiga remaja berkenaan kemudian tampil membuat video permohonan maaf berhubung tindakan mereka.
Mereka mengakui menyesal atas perbuatan tersebut dan berharap kejadian itu dapat dijadikan pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam tingkah laku, terutamanya semasa bulan Ramadan. – AGENSI
3 remaja makan waktu siang, tayang ‘live’ di TikTok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Rumah Bangsa Bukan Retorik Politik, Seruan Buka Lembaran Baharu’
- Perjumpaan Parti Teras Melayu-Islam Bukan Program Kepartian Sempit
- Baucar Aidilfitri Ringankan Persiapan Syawal Penduduk Dusun Tua, Semenyih
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pintu Penyatuan Dibuka, UMNO Perkukuh Saf Perjuangan – Mohd Sharkar
You must be logged in to post a comment.