Villarreal hidupkan peluang ke Liga Juara-Juara

Villarreal hidupkan peluang ke Liga Juara-Juara

Villarreal hidupkan peluang ke Liga Juara-Juara
MOURINO menjaringkan gol kedua Villarreal. FOTO AFP

Barcelona, Sepanyol: Villarreal CF menewaskan Elche CF 2-1, awal pagi tadi untuk terus mengekori Atletico Madrid dalam perebutan tempat ketiga La Liga.

Selepas Atletico menundukkan Real Sociedad semalam, skuad kendalian Marcelino García Toral yang dikenali sebagai Yellow Submarine menyamai kutipan 54 mata di tangga keempat.

Di pantai timur Sepanyol pula, Valencia CF bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Deportivo Alaves 3-2 dalam perlawanan yang mungkin penting dalam usaha mereka mengelak penyingkiran.

Tajon Buchanan dan Santiago Mourino meledak gol pada separuh masa pertama hasil aksi dominan Villarreal, walaupun Andre Silva merapatkan jurang pada lewat permainan untuk membuatkan tuan rumah berdebar hingga wisel penamat.

“Kami sedikit leka. Hingga minit ke-70 kami menguasai permainan, tetapi selepas itu kami terpaksa bertahan hingga akhir dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” kata Mourino.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar



Villarreal sebenarnya mempunyai banyak peluang pada babak pertama, namun penjaga gol Elche Matias Dituro melakukan beberapa penyelamatan penting untuk menafikan percubaan Nicolas Pepe dan Georges Mikautadze.

Elche yang memulakan musim dengan cemerlang masih gagal mencatat kemenangan sepanjang 2026 dan juga belum menang di tempat lawan musim ini. Mereka kini jatuh ke tangga ke-17, hanya satu mata di atas zon penyingkiran.

“Saya rasa dengan sedikit masa lagi kami mungkin boleh menyamakan kedudukan. Kami menamatkan perlawanan seperti cara kami sepatutnya bermain sejak awal,” kata Silva.

Real Betis di tangga kelima semakin tercicir dalam perlumbaan ke Liga Juara-Juara selepas tewas 0-2 di gelanggang Getafe CF.

Skuad kendalian Manuel Pellegrini kini ketinggalan 11 mata di belakang Villarreal dengan 11 perlawanan berbaki.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan


Valencia pula yang dibimbing Carlos Corberan meraih tiga mata dramatik apabila Hugo Duro menjaringkan penalti pada minit ke-99 untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas Alaves.

Semalam, pendahulu liga FC Barcelona mengekalkan kelebihan empat mata di puncak selepas menang 1-0 di gelanggang Athletic Bilbao manakala Real Madrid pula menang 2-1 di tempat lawan menentang Celta Vigo.

Villarreal hidupkan peluang ke Liga Juara-Juara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker