Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez

Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez

Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez

KUALA LUMPUR, 8 Mac – UMNO Bahagian Baling terus membuktikan komitmennya untuk sentiasa bersama rakyat apabila kepimpinannya turun padang menyantuni penduduk di beberapa kampung sekitar daerah itu.

Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pendekatan mendekati masyarakat secara langsung menjadi amalan berterusan bagi memastikan suara dan keperluan rakyat sentiasa didengari.

Beliau meluangkan masa menziarahi penduduk di Kampung Siput, Kampung Dalam Wang, Becah Tok Bulan, Padang Che Mas serta Carok Bakong dengan menjejak setiap lorong dan jalan bagi bertemu masyarakat dari rumah ke rumah.

Menurutnya, kehadiran pemimpin di tengah masyarakat bukan sekadar simbolik, sebaliknya memberi peluang untuk memahami sendiri cabaran kehidupan harian yang dihadapi penduduk.

“Setiap luahan yang disampaikan oleh rakyat amat bermakna kerana ia menggambarkan realiti kehidupan mereka. Tanggungjawab kita adalah untuk mendengar, memahami dan berusaha mencari jalan membantu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan


Tambah beliau, usaha menyantuni rakyat akan terus menjadi keutamaan UMNO Bahagian Baling bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian.

Pendekatan turun padang itu juga dilihat mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat selain memperkukuh keyakinan masyarakat bahawa UMNO sentiasa dekat dan prihatin terhadap kehidupan mereka.- UMNO Online

Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Iftarawih DUN Parit Yaani Eratkan Ukhuwah Ramadan – Najib


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker