Tong gas meletup, wanita cedera ringan

Tong gas meletup, wanita cedera ringan

Tong gas meletup, wanita cedera ringan
Anggota bomba memeriksa lokasi letupan tong gas di sebuah rumah di Padawan, hari ini. – Foto ihsan bomba

KUCHING: Seorang wanita cedera selepas berlaku kebocoran tong gas mencetuskan letupan dan kebakaran kecil di sebuah rumah di Taman Mas, Padawan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, letupan berkenaan mengakibatkan bahagian stor rumah terbabit terbakar sebelum api dipercayai terpadam sendiri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.42 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 22 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kebocoran tong gas yang menyebabkan letupan serta kebakaran di bahagian stor rumah berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar


“Kejadian itu turut mengakibatkan siling pada ruang dapur runtuh akibat impak letupan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Mangsa cedera ringan di kening dan dibawa ke hospital oleh orang awam bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pihak bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat serta tiada lagi kebocoran gas sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.30 pagi,” katanya.

Tong gas meletup, wanita cedera ringan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker