Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Setiausaha Wanita UMNO Malaysia Senator Datuk Rosni Sohar menyambut baik seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuka ruang penyatuan tanpa syarat demi memperkukuhkan kembali kekuatan perjuangan parti.

Beliau berkata ia mencerminkan kematangan politik dan keterbukaan UMNO sebagai sebuah parti yang sentiasa meletakkan kepentingan bangsa dan negara mengatasi segala perbezaan.

“Dalam menghadapi cabaran masa depan yang semakin kompleks, politik orang Melayu tidak boleh terus terperangkap dalam perpecahan yang hanya melemahkan kekuatan sendiri.

“UMNO bukan sekadar sebuah parti politik biasa. UMNO adalah parti keramat orang Melayu, wadah perjuangan yang lahir daripada kebangkitan bangsa mempertahankan maruah dan kedaulatan tanah air.

“UMNO juga merupakan rumah besar bangsa, tempat orang Melayu berteduh, bermuafakat dan menyatukan kekuatan demi masa depan yang lebih terjamin,” katanya menerusi satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan


Katanya lagi, sejarah juga membuktikan bahawa UMNO yang memajukan negara serta meletakkan asas pembangunan di landasan yang kukuh.

Menurut Rosni hasil kepimpinan dan perjuangan inilah yang membina kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang nikmatnya masih dirasai oleh generasi hari ini.

“Justeru, sudah tiba masanya orang Melayu kembali melihat kepentingan yang lebih besar. Penyatuan bukan soal individu atau kelompok, tetapi soal masa depan bangsa dan kedudukan Islam di negara ini. Tanpa kesatuan, kekuatan itu akan terus terhakis.

“Maka, pengukuhan UMNO sebagai wadah perjuangan mesti terus diperkasakan. Inilah rumah perjuangan orang Melayu, tempat kita menyatukan tekad, mempertahankan kepentingan bangsa serta memastikan segala kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu terus terpelihara di bumi bertuah ini,” ujar beliau. – UMNO Online

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker