Polis buru 2 suspek kes curi kabel, larikan diri selepas kenderaan rempuh rumah penduduk
Polis buru 2 suspek kes curi kabel, larikan diri selepas kenderaan rempuh rumah penduduk

IPOH: Polis sedang giat mengesan dua lelaki disyaki terbabit kes curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Kampung Star Kecil, Kerunai dekat Gerik, semalam.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman, berkata terdahulu pihaknya menerima maklumat awam dan berjaya mengesan suspek yang menaiki sebuah Mitsubishi Triton menghala ke Jalan Gerik-Kupang.
“Ketika sedang mengejar mereka, seorang daripada suspek membaling alat pemotong kabel, paku serta kabel ke arah kenderaan polis.
“Namun, kenderaan dipandu suspek terbabas lalu melanggar sebuah rumah di Kampung Parit Panjang, Baling.
“Pemilik rumah itu yang tinggal bersama ibu serta adik perempuannya bagaimanapun dilaporkan tiada mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berdasarkan maklumat diperoleh, Abdul Samad berkata, kedua-dua suspek telah melarikan diri selepas kejadian itu.
Katanya, hasil risikan mendapati Mitsubishi Triton yang digunakan suspek adalah kenderaan sewa.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu pula menemukan 20 gulung kabel, satu telefon bimbit, tiga alat pemotong kabel dan satu pencungkil besi.
Abdul Samad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri, dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas.
Polis buru 2 suspek kes curi kabel, larikan diri selepas kenderaan rempuh rumah penduduk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.