Pearly-Thinaah akui taktikal bertahan tak menjadi
Pearly-Thinaah akui taktikal bertahan tak menjadi

Kuala Lumpur: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mengakui pendekatan terlalu bertahan menjadi antara faktor utama mereka gagal melangkah ke final selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di separuh akhir Seluruh England, tengah malam tadi.
Menurut Thinaah, mereka sepatutnya lebih memilih corak bermain secara agresif dengan menyerang lawan dan bukan membiarkan Ha Na-So Hee mengawal permainan.
Katanya, terdapat beberapa situasi dalam perlawanan itu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk melakukan serangan balas, namun mereka sebaliknya lebih banyak bertahan hingga memberi kelebihan kepada pihak lawan.
“Pada beberapa mata kami memang bermain agak defensif. Dalam keadaan tertentu, kami sebenarnya boleh melakukan serangan balas daripada terus bertahan.
“Pujian harus diberikan kepada lawan kerana mereka bermain dengan sangat sabar dan pada masa sama serangan mereka juga cukup agresif,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Selain itu, Thinaah melihat kekalahan straight set 17-21, 18-21 kepada pasangan Korea itu bukan penamat, sebaliknya akan menjadikanya sebagai pengajaran berguna untuk mereka kembali bangkit dengan lebih kuat selepas ini.
Sementara itu Pearly turut mengakui pasangan Korea mempamerkan permainan yang lebih tenang dan penuh kesabaran sepanjang perlawanan.
Jelasnya, situasi itu menyebabkan mereka berdua sedikit tergesa-gesa terutama pada mata-mata penting hingga akhirnya membuka ruang kepada pihak lawan untuk menguasai perlawanan.
“Dalam setiap rali saya rasa mereka lebih tenang dan lebih sabar berbanding kami. Kami pula terlalu tergesa-gesa terutama pada beberapa mata terakhir dan itu yang akhirnya menyebabkan kami tewas.
“Banyak perkara yang perlu kami pelajari daripada mereka,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
Dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Birmingham itu, di set pertama jelas kelihatan beregu keempat dunia itu memimpin dengan baik meskipun Pearly-Thinaah cuba bangkit di penghujung permainan tapi tidak berjaya.
Corak permainan di set kedua lebih meyakinkan buat gandingan negara tetapi pertahanan lawan lebih bersedia menyerap segala asakan sekali gus memastikan tiket final menjadi milik Korea.
Pearly-Thinaah akui taktikal bertahan tak menjadi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.