Lens terus hambat PSG

Lens terus hambat PSG

Lens terus hambat PSG
SAUD (dua dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Paris, Perancis: RC Lens kini hanya satu mata di belakang pendahulu Paris Saint-Germain dalam saingan Ligue 1 selepas menewaskan pasukan tercorot FC Metz 3-0, awal pagi tadi sekali gus menghidupkan semula cabaran kejuaraan mereka.

Pemain antarabangsa Arab Saudi, Saud Abdulhamid membuka jaringan lewat babak pertama sebelum Florian Thauvin menggandakan kelebihan sejurus selepas rehat.

Amadou Haidara kemudian melengkapkan kemenangan pada minit ke-52 ketika Lens meraih kemenangan pertama dalam tiga perlawanan terakhir, sekali gus terus memburu PSG yang tewas 1-3 di laman sendiri kepada AS Monaco, semalam.

Jurulatih Lens, Pierre Sage berkata:”Masih ada beberapa halangan perlu ditempuh, tetapi berada hanya satu mata di belakang PSG dengan sembilan perlawanan berbaki sesuatu sangat baik.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar



Metz, yang pernah menewaskan Lens awal musim ini, kekal di tangga terbawah liga. Mereka belum mencatat kemenangan sejak November dan hanya meraih dua mata daripada 13 perlawanan terakhir.

Dalam satu lagi perlawanan pada Ahad, Olympique Lyonnais memperoleh penalti saat akhir untuk seri 1-1 menentang Paris FC di laman sendiri.

Lyon kini gagal menang dalam tiga perlawanan Ligue 1 berturut-turut dan berada di tangga keempat di belakang Olympique de Marseille berdasarkan perbezaan gol, manakala Paris FC pula selesa 10 mata di atas zon penyingkiran automatik.

Minggu lalu, Lyon sebenarnya hampir melebarkan kelebihan lapan mata ke atas Marseille di tempat ketiga, slot terakhir automatik ke Liga Juara-Juara, namun melepaskan kelebihan 2-1 sebelum tewas 2-3 kepada Marseille.

Lens terus hambat PSG

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker