Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di jalan lama Genting Sempah-Gombak

Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di jalan lama Genting Sempah-Gombak

Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di jalan lama Genting Sempah-Gombak
Seorang lelaki maut selepas Perodua Kancil dipandunya terbabas dan jatuh ke gaung di Batu 13, jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi. – Foto Bomba

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas Perodua Kancil dipandunya terbabas dan jatuh ke gaung di Batu 13, jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi.

Mangsa, Mohamad Ashiq Fazal Ahmad, 56, dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dan cedera parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan satu jentera dan sebuah ambulans JBPM dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat pada jam 10.46 malam.

Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di jalan lama Genting Sempah-Gombak
Seorang lelaki maut selepas Perodua Kancil dipandunya terbabas dan jatuh ke gaung di Batu 13, jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, malam tadi. – Foto Bomba

“Kereta dipandu mangsa telah terbabas di laluan jalan lama Genting Sempah menghala ke Gombak, sebelum terjatuh ke gaung setinggi 80 meter.

“Ketika ditemui mangsa masih hidup dan cedera parah diberikan rawatan segera oleh anggota bomba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar


“Pihak bomba kemudian menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan berusaha membawa naik mangsa dari dalam gaung,” katanya kepada media hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 1.15 pagi tadi oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, siasatan kes berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Lelaki maut kereta jatuh gaung 80 meter di jalan lama Genting Sempah-Gombak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker