Kes jual lembu pula, pelakon wanita dan suami kena tahan lagi

Kes jual lembu pula, pelakon wanita dan suami kena tahan lagi

Kes jual lembu pula, pelakon wanita dan suami kena tahan lagi
Pelakon wanita dan suami dibawa ke Mahkamah Majistret baru-baru ini. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita dan suaminya ditahan semula polis bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kedua-dua mereka ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Untuk makluman, berkenaan pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman,” katanya dalam kenyataan ringkas, awal pagi ini.

Terdahulu media melaporkan, pelakon wanita dan suami yang ditahan sebelum ini bagi kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia turut disiasat bagi kes penipuan darjah kebesaran membabitkan kerugian kira-kira RM23,000.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pihak polis daerah itu menerima satu laporan berkenaan kes itu pada 18 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, media turut melaporkan pelakon wanita itu ditahan di tempat persembunyian di di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Rabu lalu.

Azahar dilaporkan berkata, ia susulan seorang ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun membuat laporan polis di daerah ini selepas dikatakan ditipu dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor dengan kerugian mencecah RM1.5 juta.

Terdahulu, seorang usahawan produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya membabitkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Kes jual lembu pula, pelakon wanita dan suami kena tahan lagi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker