Juragan terjun laut, tinggal 60 tong gas LPG

Juragan terjun laut, tinggal 60 tong gas LPG

Juragan terjun laut, tinggal 60 tong gas LPG
Tong gas yang dirampas menerusi Op Pagar Laut dan Op Tiris yang dijalankan Maritim Malaysia di kawasan perairan Tawau, malam tadi. – Foto ihsan Maritim Malaysia Zon Tawau.

TAWAU: Seorang juragan bot nekad terjun ke laut sebelum melarikan diri selepas cubaan menyeludup keluar 60 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke negara jiran dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tawau, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, suspek dipercayai panik selepas bot peronda Maritim Malaysia cuba memintas bot kargo dikendalikannya sebelum bertindak meninggalkan bot bersama muatan gas LPG berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Pagar Laut dan Op Tiris menerima maklumat risikan mengenai pergerakan mencurigakan sebuah bot di kawasan berkenaan.

Menurutnya, susulan maklumat itu, bot peronda digerakkan ke lokasi sebelum mengesan bot terbabit bergerak keluar dari Jeti Batu 3, Tawau menuju ke Pulau Sebatik.”Ketika cubaan memintas dilakukan, juragan bot berkenaan bertindak berpatah balik ke arah pesisir pantai sebelum terjun ke laut dan melarikan diri, meninggalkan bot serta muatan.

“Pemeriksaan ke atas bot kargo itu menemui 60 tong gas LPG berisi yang dipercayai cuba diseludup keluar tanpa sebarang permit kebenaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar


Beliau berkata, bot bersama muatan dianggarkan berjumlah RM53,800 terbabit kemudian dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mengulas lanjut Ariffin berkata, menjelang musim perayaan biasanya berlaku peningkatan permintaan terhadap barangan bersubsidi dari Tawau di pasaran luar.

“Modus operandi sindiket adalah menjalankan aktiviti pada waktu sunyi bagi mengelakkan dikesan pihak penguat kuasa.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan, khususnya di perairan Tawau,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah di laut kepada Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

Juragan terjun laut, tinggal 60 tong gas LPG

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker