Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar

Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar

Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar

JEMPOL, 8 Mac – Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd (KPTMSB) berbesar hati menyertai majlis berbuka puasa peringkat Parlimen Jempol, di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting yang menghimpunkan pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Pengerusinya, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha KPTMSB dalam menyantuni masyarakat setempat, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan bukan sahaja memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan, malah turut memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.

“KPTMSB turut menyalurkan sumbangan zakat kepada 216 asnaf daripada 27 kawasan dalam daerah Jempol sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen KPTMSB bukan sahaja dalam menyediakan akses pendidikan berkualiti di bawah ekosistem MARA, malah turut memainkan peranan dalam menyantuni masyarakat dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan


“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban penerima serta menyemarakkan lagi semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan yang mulia,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Radzuan Razali serta 216 penerima asnaf Parlimen Jempol.

Dalam perkembangan lain, Shamsulkahar yang juga Ahli Parlimen Jempol tampil menghulurkan bantuan dengan menyampaikan sumbangan khemah kepada peniaga Bazar Ramadan di Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol yang rosak akibat bencana tersebut.

Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar

“Seramai 22 peniaga bazar Ramadan terlibat dalam kejadian angin ribut yang menyebabkan khemah perniagaan mereka rosak.

“Sumbangan khemah ini diharapkan dapat membantu para peniaga meneruskan perniagaan seperti biasa. Kita memahami bahawa Ramadan adalah masa penting bagi mereka mencari rezeki,” katanya lagi.

Shamsulkahar turut berharap para peniaga yang terjejas tabah dan menjadikan ujian tersebut sebagai cabaran yang mampu diharungi bersama dengan sokongan pelbagai pihak.

Beliau turut berharap bantuan yang disampaikan itu dapat memberi kelegaan kepada para peniaga supaya aktiviti Bazar Ramadan di kawasan Batu Kikir dan Bandar Seri Jempol dapat diteruskan seperti biasa sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. – UMNO Online

Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker