Impian Pearly, Thinaah ke final Seluruh England tak kesampaian

Impian Pearly, Thinaah ke final Seluruh England tak kesampaian

Impian Pearly, Thinaah ke final Seluruh England tak kesampaian
PEARLY-THINAAH terkandas di separuh akhir Seluruh England. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Perjalanan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah di Seluruh England berakhir di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di Arena Birmingham, hari ini.

Pada aksi yang berlangsung selama 69 minit itu, pasangan ranking kedua dunia berkenaan akur dengan kekalahan straight set 17-21, 18-21 kepada gandingan ranking keempat dunia itu.

Ha Na-So Hee mempamerkan permainan lebih konsisten pada set pertama untuk menguasai tempo perlawanan sebelum menutup set berkenaan dengan kemenangan 21-17.

Memasuki set kedua, Pearly-Thinaah cuba bangkit memberi tentangan apabila berjaya merapatkan jurang mata meskipun ketinggalan pada satu ketika.

Bagaimanapun pasangan Korea Selatan itu lebih tenang mengawal permainan pada mata-mata penting untuk memastikan kemenangan 21-18 sekali gus menamatkan cabaran wakil negara itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar



Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah gagal melangkah ke pentas final kejohanan berprestij berkenaan.

Rekod pertemuan kedua-dua pasangan kini itu kini berpihak kepada pasangan Korea Selatan yang memenangi empat pertemuan dari tujuh pertemuan mereka sebelum ini dengan kali terakhir mereka bertemu pada China Masters September lalu yang turut memihak kepada pasangan Korea Selatan itu menerusi aksi tiga set.

Impian Pearly, Thinaah ke final Seluruh England tak kesampaian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker