Dituduh sihir jiran, datuk 80 tahun cedera dibelasah

Dituduh sihir jiran, datuk 80 tahun cedera dibelasah

Dituduh sihir jiran, datuk 80 tahun cedera dibelasah
Musthofa dirawat di hospital. – Lambe Turah

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun cedera akibat dipukul sejumlah penduduk kampung selepas dituduh menghantar sihir kepada jirannya sendiri, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku pada 1 Mac lalu di Pasuruan, wilayah Jawa Timur.

Mangsa yang dikenali sebagai Musthofa didatangi sejumlah penduduk kampung sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) yang turut merosakkan rumahnya.

Ketua Polis Lekok, Asisten Komisioner Mawan Budi Prabowo berkata, penduduk kampung segera memasuki rumah mangsa dan merosakkan beberapa bahagian hartanah tersebut.

“Mangsa yang sedang tidur ketika itu terus ditarik tangannya untuk keluar dari rumah,” kata Mawan.

Menurut Mawan, tuduhan ilmu hitam berpunca daripada seorang penduduk bernama Amsori, yang mendakwa telah sakit selama tiga hari.

Semasa sakit, Amsori mendakwa bermimpi Musthofa melawatnya. Mimpi itu kemudiannya dipercayai sebagai petanda bahawa dia telah diganggu dengan ilmu hitam.

Kepercayaan itu mengganggu keluarga Amsori sehinggakan anak lelakinya bertindak pergi ke rumah Musthofa untuk menuntut penjelasan berhubung tuduhan tersebut.

Akibat kejadian itu, Musthofa mengalami kecederaan di lengan kanan dan kirinya. Rumahnya juga rosak dengan kerugian dianggarkan mencecah 10 juta rupiah (RM2,300). – AGENSI

Dituduh sihir jiran, datuk 80 tahun cedera dibelasah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seruan Rumah Bangsa Cerminan Kematangan Politik – Rosni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker