Budak lelaki ditemui lemas dalam loji air, disyaki terjatuh ketika memancing
Budak lelaki ditemui lemas dalam loji air, disyaki terjatuh ketika memancing

SEREMBAN: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air di Taman Widuri Indah, di sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata ketika kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, mangsa dikatakan sedang memancing.
“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 2.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang bergegas ke lokasi kejadian.
“Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira pukul 2.27 petang. Pasukan turut dibantu anggota dari BBP Teluk Kemang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Jurucakap JBPM berkata setibanya di lokasi, anggota mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam loji air berkenaan.
“Mangsa berjaya ditemui pada jam 2.49 petang menggunakan peralatan `grappling iron’ oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Budak lelaki ditemui lemas dalam loji air, disyaki terjatuh ketika memancing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.