Bekas pengawal peribadi menyamar polis dipenjara 6 tahun, dua sebatan
Bekas pengawal peribadi menyamar polis dipenjara 6 tahun, dua sebatan

SUNGAI PETANI: Seorang bekas pengawal peribadi yang menyamar sebagai anggota polis dihukum penjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah menyamun sebuah motosikal serta menyebabkan kecederaan kepada penunggangnya pada bulan lepas.
Mohd Faizal Sinorcho, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Najwa Che Mat di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu menyamun sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki, dan sengaja menyebabkan kecederaan kepada lelaki berkenaan di Jalan Cindai Bandar Puteri Jaya di sini pada 12.45 pagi, 9 Februari lepas.
Pendakwaan mengikut Seksyen 392 [Akta 574], yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 14 tahun serta denda atau sebatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tok Mat Terus Santuni Orang Rembau, Sampaikan Sumbangan Aidilfitri Sempena Ramadan
- Gagasan Rumah Bangsa Buka Ruang Penyatuan Melayu, Kukuhkan UMNO
- Santunan Kasih Ramadan Melaka Cerminan Semangat Kebersamaan – Ahmad Zahid
Rundingan Tanpa Syarat, Ruang Kepada Bekas Ahli … Langkah Matang, Berjiwa Besar
Sementara itu di dua kamar Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh turut dikenakan hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyamar sebagai polis.
Di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri, dia didakwa menyamar sebagai polis dengan memakai vest berlogo polis dan memegang gari di hadapan seorang wanita di hadapan pintu CMart Cengal di sini, pada 12.45 pagi, 9 Februari lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, dan bagi kesalahan itu, Mohd Faizal dihukum penjara lima bulan.
Di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi pula, dia dituduh menyamar sebagai polis dengan memakai vest berlogo polis dan memperdaya seorang wanita dalam kereta Perodua Viva yang dalam perjalanan dari Gerik, Perak ke Sungai Petani, Kedah antara 5.50 petang hingga 11.30 malam, 8 Februari lepas.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan dan dihukum penjara dua bulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Sasar 70% Lepasan SPM Sertai TVET Menjelang Akhir RMK13 – Ahmad Zahid
- Santunan Kasih Ramadan… UMNO Jempol Serlah Kepedulian
- Ramadan Youth Circle Satukan Generasi Pewaris Perjuangan
Komitmen Tak Banyak Alasan… Maidatul Rahman UMNO Putrajaya Manifestasi Kebersamaan
Majistret Muhammad Syaiful Akmal turut menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan ke atasnya selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat melakukan perbuatan mencabul kehormatan pada masa, tempat dan tarikh yang sama.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
– BERNAMA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.