Bas ekspres bawa 10 penumpang terbalik, tiga tersepit
Bas ekspres bawa 10 penumpang terbalik, tiga tersepit

JOHOR BAHRU: Sebuah bas ekspres membawa 10 penumpang terbalik di tepi laluan berhampiran Kampung Sepakat Baru, Skudai di sini, pada jam kira-kira 8 malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian mengakibatkan tiga mangsa tersepit selain tiga lagi cedera.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 malam dan jentera tiba ke lokasi kejadian pada 8.29 malam.
“Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Kamarulzaman Salleh. Kemalangan itu membabitkan sebuah bas ekspres yang terbabas dan terbalik di tepi jalan.
“Daripada 10 mangsa, tiga daripadanya tersepit di dalam kenderaan itu dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba serta orang ramai. Pemandu bas serta enam lagi mangsa cedera ,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.
Jurucakap berkenaan berkata, semua mangsa diberikan rawatan oleh pihak Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan St John Ambulans bagi tindakan lanjut.
Katanya, selain 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, operasi juga membabitkan sebuah `fire rescue tender’ (FRT), sebuah `Compact Fire Rescue Tender’ (CFRT) dan sebuah EMRS.
“Operasi tamat pada jam 9.14 malam,” katanya.
Bas ekspres bawa 10 penumpang terbalik, tiga tersepit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.