Bapa, anak angkat antara 4 dicekup kes peras ugut warga asing
Bapa, anak angkat antara 4 dicekup kes peras ugut warga asing

KLUANG: Wanita dan bapa angkatnya yang memiliki 12 rekod jenayah antara empat individu ditahan kerana disyaki memeras ugut warga asing di Flat Haji Manan, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata penahanan keempat-empat suspek berusia 24 hingga 50 tahun dibuat susulan laporan diterima jam 4.45 pagi, kelmarin.
“Ketika tangkapan dibuat, suspek wanita menyamar sebagai isteri kepada suspek kedua yang memiliki 12 rekod jenayah. Bagaimanapun soal siasat mendapati, wanita itu anak angkat lelaki terbabit.
“Semakan mendapati, suspek wanita tiada rekod lampau namun suspek ketiga dan keempat masing-masing empat dan 10 rekod berkaitan jenayah dan dadah.
Dalam kes berasingan, Bahrin berkata, seorang lelaki warga emas antara dua ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pecah pejabat di kaki Gunung Lambak, di sini, semalam.
Menurut Bahrin, tangkapan ke atas dua lelaki berusia 40 dan 50 tahun dilakukan pada jam 12.30 tengah malam sejurus menerima laporan seorang wanita berhubung kejadian pada jam 7.57 petang Jumaat lalu.
Bapa, anak angkat antara 4 dicekup kes peras ugut warga asing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Turun Padang, Santuni Rakyat Bukan Kerja Bermusim – Azeez
- Inisiatif KPTMSB Santuni Masyarakat Dan Golongan Memerlukan – Shamsulkahar
- Azalina Sampaikan Bantuan Kepada Komuniti Pengerang, Dekati Generasi Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.